9 Langkah Asas Dalam Proses Penjualan Rumah.
- airaproperty222
- Dec 31, 2021
- 1 min read

Proses penjualan hartanah biasanya memakan masa lebih dari 6 bulan. Ada kes di mana kes penjualan masih tidak selesai walaupun sudah mencecah 1 tahun. Ini mungkin berlaku kerana faktor kes penipuan dokumen, kes kaveat hartanah dan macam-macam lagi.
9 langkah tersebut ialah :
Penjual melantik peguam dan ejen hartanah yang berdaftar. (Ejen hartanah tidak wajib tapi amat digalakkan).
Pembeli berminat dan membayar booking fees pada Agensi Hartanah (3.18% dari harga hartanah).
Tandangan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement). Pembeli perlu membayar baki booking fees 6.82% kepada pihak penjual.
S&P distamping.
Tempoh 3 bulan diberikan kepada pembeli untuk membayar full amout baki pinjaman bank pihak penjual. (sekiranya masih ada baki hutang).
Peguam akan menguruskan pertukaran nama geran.
Pemindahan nama geran di Pejabat Tanah.
Pihak penjual perlu menyerahkan kunci (vacant possession) setelah menerima wang baki penjualan rumah daripada pembeli.
Pembeli akan menerima kunci rumah. Urusan selesai.
Sumber: Amran Seman
Jika info ini bermanfaat, mohon share post ini ya!




Comments