top of page
Search

6 Tips Jika Ingin Beli Rumah Untuk Duduk Sendiri. Tips ke6 wajar diambil kira!

  • airaproperty222
  • Dec 31, 2021
  • 1 min read

ree

Biasanya kita beli rumah kerana dua sebab. Sama ada untuk duduk atau pun sebagai pelaburan. Ramai yang buat kesilapan. Mereka beli atas tujuan yang salah dan akhirnya terpaksa jual semula.


Ini 6 Tips untuk anda:


1. BELI IKUT KEMAMPUAN.


Walaupun anda boleh pinjam RM1 juta untuk membeli rumah, tidak bermakna anda mampu untuk menanggung rumah tersebut.


Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan.

Kurangkan kos yang tidak perlu.


Daripada bajet ini baru anda tahu, berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk bayar ansuran rumah.


2. BELI RUMAH DEKAT DENGAN TEMPAT KERJA.


Jika boleh, pilih rumah berhampiran dengan tempat kerja. Ini akan menjimatkan kos petrol, tol dan juga masa. Untuk suami, belilah rumah lebih dekat ke tempat kerja isteri.


3. PERSEKITARAN DAN KEMUDAHAN.


Pastikan rumah dekat dengan kemudahan seperti balai polis, restoran dan kedai runcit.


4. AMBIL KIRA KOS TAMBAHAN SEPERTI MAINTENANCE FEE.


Hartanah strata seperti pangsapuri dan kondominium ada kos tambahan seperti yuran penyelenggaraan dan insurans. Kos ini perlu untuk menyelenggara kemudahan bersama dan juga bangunan.


5. PRIVASI


Banglo, rumah berkembar dan kondominium berkepadatan rendah adalah pilihan baik jika anda perlukan privasi. Tetapi sudah tentulah harga hartanah sebegini lebih mahal.


6. ELAKKAN BERHARAP RUMAH YANG TERBAIK TAPI TAK BELI PUN.


Adalah hampir mustahil untuk cari rumah yang sempurna. Semua rumah tak menepati citarasa akhirnya hanya mampu menyewa.


Sumber : Arif Hussin


Jika info ini bermanfaat, mohon share kepada kenalan anda ya!

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page