top of page
Search

5 Sebab Bank Tolak Permohonan Pinjaman Perumahan Anda. Yang ke-4 ramai tak tahu.

  • airaproperty222
  • Dec 30, 2021
  • 1 min read

Updated: Dec 19, 2022


ree

Tahukah anda? Jika anda memulakan permohonan pinjaman di beberapa bank dan kemudian ditolak, rekod permohonan anda kekal dan kemungkinan anda sukar untuk memohon pinjaman lain di masa hadapan walaupun memenuhi syarat kelayakan.


Berikut ialah 5 sebab permohonan anda ditolak:


1. Memohon Di Bank Yang Salah.

Setiap bank mempunyai syarat kelayakn yang berlainan. Pinjaman anda mungkin diluluskan oleh satu bank namun mungkin tidak untuk bank yang lain.


2. Skor Permarkahan Permohonan Rendah.

Kebanyakan bank melaksanakan skor pemarkahan untuk menganalisis profil pelanggan seperti umur, tempat tinggal, tahap pendidikan, status perkahwinan dan sebagainya.


3. Skor Kredit Yang Tidak Memuaskan.

Skor kredit menganalisis kelakuan pembayaran balik berdasarkan CCRIS anda. Ia menunjukkan bagaimana anda bijak menguruskan wang anda pada masa lalu. Tiada rekod CCRIS atau CCRIS sifar tidak semestinya baik. Rekod pembayaran balik apa-apa pinjaman dalam tempoh 12 bulan yang lepas diambil kira.


4. Ditolak kerana Peraturan Kredit.

Anda pernah terlepas membayar bulanan lebih 3x dalam tempoh 6 bulan? Bank melihat prestasi anda yang terdahulu untuk mengukur prestasi masa depan anda. Jika rekod bayaran balik yang buruk, pinjaman anda mungkin akan ditolak.


5. Status Buruk Dalam CCRIS.

Jika ada mana-mana akaun pembayaran balik tidak dibuat dalam tempoh panjang (biasanya 6 bulan) , rekod anda ditandakan "merah" sebagai "akaun perhatian khusus" di CCRIS anda. Secara amnya, bank tidak akan meneruskan pinjaman ini.


Jika info ini memberi manfaat, mohon share post ini ya!

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page